top of page

BENIH SEMAIAN CHILI

(0 – 30 HARI)





















__________________________________________________________________________________


PINDAH ANAK POKOK CHILI KE POLY BAG / PASU

(HARI KE31)



















__________________________________________________________________________________


POKOK CHILI MULA BERBUNGA DAN BERBUAH

(HARI KE59)



















__________________________________________________________________________________



POKOK CHILI MENGHASILKAN BUAH TERBAIK (SEHINGGA 8 – 10 BULAN)


PENANAMAN SEMULA SELEPAS BULAN KE10 DIGALAKKAN






















11 views0 comments

Penggunaan baja organik di Malaysia semakin hari semakin meningkat berikutan kesedaran peladang dan petani yang semakin sedar tentang pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang lebih selamat dan selesa. Terdapat banyak persoalan yang timbul berkenaan dengan baja organic. Apakah itu baja organik? Dan apa yang baja organik mampu lakukan?


Baja organik adalah baja yang diperbuat daripada bahan organik samada secara keseluruhannya atau sebahagian dari unsur baja tersebut. Ini termasuklah najis binatang, rumpai laut, tulang binatang, tumbuhan yang mereput, sisa makanan dan bahan-bahan berkaitan. Secara ringkasnya, apa jua bahan semulajadi dan mereput pada akhirnya adalah dikategorikan sebagai organik.


Kebanyakan bahan organik bertindak sebagai baja dan penyubur tanah dimana mereka memberi makanan kepada tanah dan juga tumbuhan. Ia merupakan perbezaan besar di antara penggunaan bahan kimia dengan bahan organik terhadap penyuburan tanah dan pembajaan. Baja organik yang terlarut mengandungi garam mineral yang membantu akar untuk menyerap dengan cepat. Walau bagaimanapun, garam tersebut tidak semestinya menyediakan makanan kepada mikroorganisma tanah dan cacing, dan besar kemungkinan menghalau cacing tanah kerana garam akan menyebabkan tanah menjadi berasid.


Begitu juga tanah yang diberi sepenuhnya baja kimia sintetik akan menghilangkan kandungan organik dan semua organisma hidup yang penting dalam membantu membina tanah yang berkualiti dan subur. Disebabkan struktur tanah yang semakin tandus dan kemampuan tanah untuk menghadang air semakin hilang, tanah memerlukan lebih banyak bahan kimia untuk merangsang pertumbuhan pokok. Untuk mengelak dari menghadapi masalah tersebut, baja organik adalah saranan terbaik.


Proses pembuatan kebanyakan baja kimia bergantung kepada sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti arang dan gas semulajadi. Selebihnya diperbuat daripada batu mineral yang berasid untuk lebih bersifat larut. Malangnya, kini semakin banyak baja organik yang lebih baik telah wujud di pasaran. Produk organik tersebut diperbuat daripada tumbuhan semulajadi, bahan-bahan dari sumber binatang atau dari batu mineral yang dilombong. Walau bagaimanapun, standard kebangsaan untuk membezakan antara baja organik dan baja kimia adalah agak mengelirukan, jadi sukar untuk memastikan samada baja yang dilabel sebagai organik tersebut hanya mengandungi bahan yang selamat atau bahan semulajadi sepenuhnya.


Sekiranya anda sudah terbiasa menggunakan baja kimia dan ingin menukar baja anda kepada organik, anda mungkin akan berasa takut dan was-was kerana memikirkan keberangkalian bahawa penggunaan bahan organik adalah lebih sukar dan tidak mudah berbanding penggunaan baja kimia campuran. Sudah tentu tidak! Campuran baja organik adalah mudah dan berkesan seperti baja kimia. Anda tidak perlu untuk mengubah kandungan baja mengikut jenis tumbuhan yang anda tanam kecuali label menyatakan sebaliknya. Ramai yang sudah berpuas hati dengan hasil penggunaan baja organik yang dianggap lebih selamat kepada tumbuhan dan tanah.


Kelebihan baja organik?

  1. Baja organik mampu meningkatkan keupayaan tanah untuk menampung air dan nutrien dalam tanah dengan lebih cekap. Ia sangat berguna terutamanya kepada tanah berpasir yang mudah hilang nutrien dan tidak dapat menahan air semasa hujan lebat.

  2. Baja organic juga membentuk persekitaran yang bermanfaat dan habitat kepada cacing tanah dan hidupan mikrob yang bertindak menjadikan tanah lebih subur.

  3. Baja organik melepaskan nutrien secara perlahan-lahan dan sistematik. Baja organik akan mengurai nutrien dalam tanah secara perlahan-lahan dan ini akan menjadikan tanaman menerima nutrien semulajadi yang menggalakkan kesuburan dan perkembangan tanah yang maksimum.

  4. Justeru, baja organik juga tidak akan membakar atau memusnahkan tanaman. Baja bukan organik, atau baja kimia yang digunakan secara berlebihan akan menyebabkan kemusnahan dan kerosakan terhadap tanaman tersebut. Ianya tidak akan berlaku kepada baja organik kerana ia melepaskan nutrient kedalam tanah secara perlahan-lahan dan tidak berlebihan.

  5. Baja organic sudah semestinya tidak mencemarkan air bawah tanah berbanding baja kimia yang mampu mencemarkan air bawah tanah.

Kekurangan baja organic

  1. Baja organic memerlukan pengendalian yang agak remeh dimana aplikasi pembajaan menggunakan baja organic dikendalikan menggunakan tangan dan ini akan memakan masa yang agak lama.

  2. Memerlukan kuantiti yang agak banyak kerana baja organic bertindak lebih lambat berbanding baja kimia. Selain itu, baja organic hendaklah digunakan lebih awal dan lebih kerap semasa fasa perkembangan supaya tanaman menerima nutrient yang diperlukan pada masa yang tepat.

  3. Terdapat risiko terkena serangan pathogen. Baja organic yang diperbuat dari bangkai binatang yang mungkin membawa pathogen akan membahayakan manusia sekiranya ia tidak diurai dengan betul.

Oleh itu, terdapat kelebihan dan kekurangan baja organic. Namun, kita hendaklah kembali kepada fitrah semulajadi dan berusaha untuk menjaga persekitaran agar anak cucu kita akan menikmati persekitaran yang selesa dan hijau pada masa akan datang.


Baja organic sangat digalakkan untuk mengekalkan kesuburan tanah yang jitu dan perkembangan tumbuhan yang lebih baik dan selamat. Selain itu, persepsi mengatakan bahawa baja organic tidak berkesan dan tidak berbaloi kepada tanaman hendaklah dihapuskan demi kemandirian alam sekitar yang lebih baik untuk generasi akan datang.

13 views0 comments

Perladangan Kontrak pada asasnya adalah ikatan persetujuan antara pengeluar dengan pemasar mengenai beberapa perkara seperti pembelian terus, aturan pasaran dan khidmat nasihat kepada peladang kontak terbabit. Perladangan kontrak biasanya melibatkan aktiviti pertanian yang berskala kecil atau sederhana dan dilaksanakan secara pembiayaan melalui perladangan kontrak.


Perladangan kontrak dan objektifnya ;-


1) Sebagai jaminan dari segi pasaran hasil pertanian bagi membantu para petani meningkat dan menstabilkan pendapatan mereka.


2) Meningkatkan pengeluaran hasil pertanian seperti buah-buahan dan sayur-sayuran serta memastikan hasil yang dikeluarkan berkualiti tinggi dan memenuhi kehendak pasaran.


3) Bimbingan dan khidmat nasihat dapat disalurkan kepada para petani khususnya mengenai cara pengurusan hasil pertanian dan maklumat pengeluaran yang betul.


4) Mempertingkatkan penggunaan teknologi di sepanjang rantaian bekalan makanan terbabit seperti komoditi cili merah, bendi, kacang panjang, keledek, kubis, timun, tomato dan ubi kentang.


5) Manakala jenis buah-buahan pula adalah seperti jambu batu, belimbing, pitaya (dragon fruits) mangga, nenas, nangka, pisang, manggis dan rambutan.


Sekiranya anda berminat dengan aktiviti Projek Perladangan Kontrak ini dan memerlukan maklumat atau bantuan lanjut, anda bolehlah mendapatkannya daripada agensi-agensi kerajaan atau beberapa jabatan yang sering melibatkan peranan mereka di dalam aktiviti perladangan kontrak ini seperti:


2 views0 comments
1
2
bottom of page