top of page

KELEBIHAN BAJA ORGANIK BERBANDING BAJA KIMIA


Penggunaan baja organik di Malaysia semakin hari semakin meningkat berikutan kesedaran peladang dan petani yang semakin sedar tentang pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang lebih selamat dan selesa. Terdapat banyak persoalan yang timbul berkenaan dengan baja organic. Apakah itu baja organik? Dan apa yang baja organik mampu lakukan?


Baja organik adalah baja yang diperbuat daripada bahan organik samada secara keseluruhannya atau sebahagian dari unsur baja tersebut. Ini termasuklah najis binatang, rumpai laut, tulang binatang, tumbuhan yang mereput, sisa makanan dan bahan-bahan berkaitan. Secara ringkasnya, apa jua bahan semulajadi dan mereput pada akhirnya adalah dikategorikan sebagai organik.


Kebanyakan bahan organik bertindak sebagai baja dan penyubur tanah dimana mereka memberi makanan kepada tanah dan juga tumbuhan. Ia merupakan perbezaan besar di antara penggunaan bahan kimia dengan bahan organik terhadap penyuburan tanah dan pembajaan. Baja organik yang terlarut mengandungi garam mineral yang membantu akar untuk menyerap dengan cepat. Walau bagaimanapun, garam tersebut tidak semestinya menyediakan makanan kepada mikroorganisma tanah dan cacing, dan besar kemungkinan menghalau cacing tanah kerana garam akan menyebabkan tanah menjadi berasid.


Begitu juga tanah yang diberi sepenuhnya baja kimia sintetik akan menghilangkan kandungan organik dan semua organisma hidup yang penting dalam membantu membina tanah yang berkualiti dan subur. Disebabkan struktur tanah yang semakin tandus dan kemampuan tanah untuk menghadang air semakin hilang, tanah memerlukan lebih banyak bahan kimia untuk merangsang pertumbuhan pokok. Untuk mengelak dari menghadapi masalah tersebut, baja organik adalah saranan terbaik.


Proses pembuatan kebanyakan baja kimia bergantung kepada sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti arang dan gas semulajadi. Selebihnya diperbuat daripada batu mineral yang berasid untuk lebih bersifat larut. Malangnya, kini semakin banyak baja organik yang lebih baik telah wujud di pasaran. Produk organik tersebut diperbuat daripada tumbuhan semulajadi, bahan-bahan dari sumber binatang atau dari batu mineral yang dilombong. Walau bagaimanapun, standard kebangsaan untuk membezakan antara baja organik dan baja kimia adalah agak mengelirukan, jadi sukar untuk memastikan samada baja yang dilabel sebagai organik tersebut hanya mengandungi bahan yang selamat atau bahan semulajadi sepenuhnya.


Sekiranya anda sudah terbiasa menggunakan baja kimia dan ingin menukar baja anda kepada organik, anda mungkin akan berasa takut dan was-was kerana memikirkan keberangkalian bahawa penggunaan bahan organik adalah lebih sukar dan tidak mudah berbanding penggunaan baja kimia campuran. Sudah tentu tidak! Campuran baja organik adalah mudah dan berkesan seperti baja kimia. Anda tidak perlu untuk mengubah kandungan baja mengikut jenis tumbuhan yang anda tanam kecuali label menyatakan sebaliknya. Ramai yang sudah berpuas hati dengan hasil penggunaan baja organik yang dianggap lebih selamat kepada tumbuhan dan tanah.


Kelebihan baja organik?

  1. Baja organik mampu meningkatkan keupayaan tanah untuk menampung air dan nutrien dalam tanah dengan lebih cekap. Ia sangat berguna terutamanya kepada tanah berpasir yang mudah hilang nutrien dan tidak dapat menahan air semasa hujan lebat.

  2. Baja organic juga membentuk persekitaran yang bermanfaat dan habitat kepada cacing tanah dan hidupan mikrob yang bertindak menjadikan tanah lebih subur.

  3. Baja organik melepaskan nutrien secara perlahan-lahan dan sistematik. Baja organik akan mengurai nutrien dalam tanah secara perlahan-lahan dan ini akan menjadikan tanaman menerima nutrien semulajadi yang menggalakkan kesuburan dan perkembangan tanah yang maksimum.

  4. Justeru, baja organik juga tidak akan membakar atau memusnahkan tanaman. Baja bukan organik, atau baja kimia yang digunakan secara berlebihan akan menyebabkan kemusnahan dan kerosakan terhadap tanaman tersebut. Ianya tidak akan berlaku kepada baja organik kerana ia melepaskan nutrient kedalam tanah secara perlahan-lahan dan tidak berlebihan.

  5. Baja organic sudah semestinya tidak mencemarkan air bawah tanah berbanding baja kimia yang mampu mencemarkan air bawah tanah.

Kekurangan baja organic

  1. Baja organic memerlukan pengendalian yang agak remeh dimana aplikasi pembajaan menggunakan baja organic dikendalikan menggunakan tangan dan ini akan memakan masa yang agak lama.

  2. Memerlukan kuantiti yang agak banyak kerana baja organic bertindak lebih lambat berbanding baja kimia. Selain itu, baja organic hendaklah digunakan lebih awal dan lebih kerap semasa fasa perkembangan supaya tanaman menerima nutrient yang diperlukan pada masa yang tepat.

  3. Terdapat risiko terkena serangan pathogen. Baja organic yang diperbuat dari bangkai binatang yang mungkin membawa pathogen akan membahayakan manusia sekiranya ia tidak diurai dengan betul.

Oleh itu, terdapat kelebihan dan kekurangan baja organic. Namun, kita hendaklah kembali kepada fitrah semulajadi dan berusaha untuk menjaga persekitaran agar anak cucu kita akan menikmati persekitaran yang selesa dan hijau pada masa akan datang.


Baja organic sangat digalakkan untuk mengekalkan kesuburan tanah yang jitu dan perkembangan tumbuhan yang lebih baik dan selamat. Selain itu, persepsi mengatakan bahawa baja organic tidak berkesan dan tidak berbaloi kepada tanaman hendaklah dihapuskan demi kemandirian alam sekitar yang lebih baik untuk generasi akan datang.

13 views0 comments

Recent Posts

See All

PROJEK PERLADANGAN KONTRAK

Perladangan Kontrak pada asasnya adalah ikatan persetujuan antara pengeluar dengan pemasar mengenai beberapa perkara seperti pembelian...

Comments


bottom of page